↧
Sebelum & Selepas
↧
Iphong Vs Noteng
Assalammualaikum W.B.T
Sejak tukar iphong ni.. laki aku dok gelakkan aku je
dia cakap ingatkan beli HP mahal makin besarrrr tapi makin lama makin kecik
Sejak aku kawen dengan laki aku.. ni hp ke 5 kot aku beli.. 1st tu hp biasa je lepas tu aku beli galaxy tab yang memula keluar baling anjing mati tu.. lepas aku rasa berat dan membosankan.. aku beli note. lepas tu ilang.. beli ace plus.. asik buat masalah beli note2 kemudian aku ambik iphong sebab macam minat pulak.. sampai sekarang laki aku dok gelak.. pulak tu yang jahatnye dia pergi jual hp dia HTC tu dengan kawan dia.. memang dengki!! dan dia memang nak pakai note2 aku tu. tapi tak sangka lak dia bebetul jual htc tu. aku baru nak ngecek!
Balik dari kampung haritu tengok en suami dah pakai note siap buat wallpaper DON'T TOUCH MY PHONE!!.. memang ditujukan buat aku yang suka godek2 hp dia.. geram!!!! lelaki memang tak suka letak pic kita jadi wallpaper kan. 10 kali aku tukar 10 kali dia ubah. gelam!! sekarang aku kene gelak sebab hp aku lagi kecik dari hp dia. siot betul!!
aku sukalah iphong ni. sofware dia cun bagi aku tapi pleaselah APPLE..buatlah ipong size besar sikit. susah aku nak taip. taip S asik A aje. sudahnye semua typo. habis kene gelak 1 kampung.. hahhaa. tu casing hp aku tu.. aku beli kat kedai RM15..pastu akak aku marah sebab lambang amerika. udahnye kene paw dengan anak sedara aku boom sticker.. terus semua hp yang ada berboom sticker.. haha cun kan? :P
p/s: sebenarnya bos aku pakai ipong5 itam. aku nak juga tapi putih :) cun tak?
↧
↧
Meh Beli Peplum Black Out Buyer
Assalammualaikum W.B.T
Sejak aku menjual baju online ni..BLACKOUT BUYER memang tiada terkira.
geram aku rasa nak marah nak listkan aje nama diaorang ni
tapi aku fikir mungkin customer ada masalah
tak cukup wang nak bayar, kemudian tak dapat bagitahu sebab internet/kredit takde
so aku fikir positif jelah..
Ada baju ni ready stock pada aku. ada yang nak beli tapi orangnye mendiamkan diri.
aku malas nak simpan stock banyak
ada juga banyak tapi aku keluarkan dua ni kat blog ok
if nak terus email pupeliyanashop@yahoo.com
atau whatsupp je...
kosong satu sembilan tujuh enam tujuh enam lima sembilan empat
(pembayaran dalam tempoh 48jam dari tarikh order ye)
Juvita Lace Peplum Maxi RM75
Postage RM7 Semenanjung RM9 Sabah Sarawak
Material : Lycra + Lace
Size : Free Size (suitable from 2XL to 5XL)
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Special Note : Model height is 168cm wearing 4 inches heels
Measurement Chart
Free Size
Sleeve Length 23inc
Armhole 22inc
Bust 42 - 52inc
Waist 38 - 46inc
Length 55inc
Material : Lycra + Lace
Size : Free Size (suitable from 2XL to 5XL)
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Special Note : Model height is 168cm wearing 4 inches heels
Measurement Chart
Free Size
Sleeve Length 23inc
Armhole 22inc
Bust 42 - 52inc
Waist 38 - 46inc
Length 55inc
Timie Plain Asymmetrical Tunic RM55
Postage RM7 Semenanjung RM9 Sabah Sarawak
Material : Cotton
Size : Free Size (suitable from XL to 4XL)
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Measurement Chart
Free Size
Shoulder Width 38 - 55cm
Armhole 23cm
Bust 104 - 160cm
Waist 120 - 160cm
Length 77 - 93cm
Material : Cotton
Size : Free Size (suitable from XL to 4XL)
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Measurement Chart
Free Size
Shoulder Width 38 - 55cm
Armhole 23cm
Bust 104 - 160cm
Waist 120 - 160cm
Length 77 - 93cm
↧
My Sayang
Assalammualaikum .W.B.T
Aduh sakit badan aku gara-gara buat bundle. nak tercabut. nasib 3 je. kalau 10 aku menagis tepi binding tu. sengal pulak badan aku hari ni haha. aku nak cite pasal sayang-sayang aku ni. sapa lagi anak buluslahhhhhh. semua dah beso..
mama kopi yang manja
kuat mengamuk nak makanan sedap-sedap
perasan dirinya manusia.
pening mama layan kamu kopi!
alhamdulilah anak tak berapa nak dara si nicky chalow dah sihat
ritu doktor sahkan dia kene pendarahan dalam rahim
now dah lompat sana sini dah
nicko yang kuat kawen ni macam biasa cool je
kuat memancut time orang ramai datang dekat rumah
buat malu je. muka dah hensem perangai serabai,
nicko!!!
ni aku 360kan pic aku dah micko
budak micko dah gemuk dan boleh dipegang.
kalau duli sombong
bawah bapak atas anak
depa selalu main macam tulah
nicko sayang anak-anak dia alhamdulilah
last ni pic pagi tadi sebelum pergi kerja
tinggi ni aku kene jengketkan kaki nak ambik pic depa berdua tidur atas kandang
sungguh aku tak terdaya nak pisahkan mereka berdua
↧
Doa Kalian Amat Bermakna
Assalammualaikum W.B.T
Tuhan datangkan setiap kesakitan dan kesusahan itu tanpa diduga
Dan kita haruslah sabar dan tabah menghadapinya
Sesungguhnya disebalik kesusahan ada kemanisan
Disebalik kepahitan ada keindahan.
Doakan untuk suami saya
Zakaria Abd Majid
agar cepat sembuh dari kesakitan ini
Berikan mudah penawarnya
Berikan tabah pada hatinya
Patah bahu kiri dan patah pergelangan tangan kanan (kanan disimen)
Luka pada bibir dagu
patah hidung
Walaupun kita sangat berhati-hati belum tentu orang lain
orang pernah marah why beli kereta lagi satu sedangkan dah ada satu
see.. hari-hari suami pergi kerja naik motor 30 minit perjalanan
motor ni baru sangat beli dari adik..
dia hati-hati pun dah kata nak kena
malang tak berbau.
tapi apa kan daya dapat pakai seminggu je dah kemalangam
kebetulan kereta satu lagi di kampung
dia pergi kerja naik motor
Hospital call pukul 11. ingatkan tak ada apa-apa.
walaupun tangan mengeletar tak hingat
pergi wad kecemasan, 3 jam menunggu baru dapat jumpe dia
dia cuma menagis
dah cakap : "abang dah tak hensem lagi"
takpe sayang
tak hensem takpe janji selamat
"abang lapar, dari pagi tak dapat makan"
"ayang janganlah tinggalkan abang"
but nurse suruh keluar..menagis dia.
pukul 7 baru dapat masuk lagi merayu dekat guard.
dapat masuk pun sebab dr cakap dah boleh balik..
dapat mc 3 minggu.. nanti datang lepas 3 minggu sambung mc lagi
peguam datang.. suruh buat claim dengan insurans kereta
kerana kesalahan kereta.. Insyaallah akan kami buat
SMS bos mintak el sampai jumaat
juga cuti. alhamdulilah Dia sangat memahami suruh sokong
tak sure dapat tak untuk cuti next week sebab cuti dah tak banyak.
But sorry kene cuti juga
macam mana suami saya, sapa nak suap dia makan, cuci berak kencing dia
tangan dua2 beranduh
Semoga ada yang memahami..
Thanks Allah walaupun beri dugaan ini
Kami akan tabah dan sabar hadapinya..
↧
↧
BOOLAT!
↧
Tragedi 19.06.2013
Assalammualaikum W.B.T
Sebulan selepas bufday aku.. tereng-tereng.. pagi tu aku pergi kerja hampir nak langgar sorang pakcik ni. berdegup jantung aku. tuptup pukul 10 pagi masa aku tengah uruskan surat keluar kat aras 8 aku dapat panggilan dari hospital. Dia tanya aku kerja ke? aku cakap ye saya kerja tapi kenapa.. rupanya laki aku dah sampai hospital dah. Rupanya pagi tu time aku dok nak rempuh pakcik tu. dia dah merempuh Alza putih juga dekat dengkil sana.. bezanya aku tak rempuh pakcik tu sebab motor dia mati.. tapi laki aku ni pulak dengan motor jerung dia tu tengah gear enam.. bam!!!!!!.. memang bodoh juga cina tu main uturn tempat yang salah. ala bukan aku tak pernah buat tapi nak uturn tu tengok-tengoklah.
Udahnye tangan laki aku terselit dekat kereta.. bahu terhempas kat jalan tar.. muka lagi sedap terkoyak kene bumbung alza tu. aduhaii... aku dapat tahu je aku terus pergi hospital. dioarang suruh tunggu. lama juga aku tunggu sampai pukul 2 aku tak tahan menunggu aku tanya macam mana laki aku baru diaorang bagi masuk tu pon sekejab. rupanya.... laki aku dah terbaring. meleleh air mata dia.
aku tak meleleh air mata. aku bukan perempuan yang dalam drama tu lelaki nagis aku ikut nagis.tu bukan cara aku. sebab aku tahu laki aku ni anak bontot (anak bungso) kang kalau aku nagis.. makin teruk pulak dia berdrama teduhan kasih dekat situ. aku kene kuat.. sedih aku tengok. tapi nasib masa aku masuk tu bibir dan dagu dia dah kene jahit kalau tak mahu aku takut nak tengok ahhaha. lepas tu aku kene halau. hampeh betul mak guard tu.. orang lain dia bagi je tunggu aku tak dapat tunggu lagipun masa tu U.K&T ada pesakit kritikal.. kemalangan naik motor juga. bini dia ada tunggu 1 famili sama-sama dengan aku. tak tahulah kondisi suami dia. aku rasa hidup cuma agak teruklah. laki aku kata muka dia tak rupa orang dah.. kesian.
sambung balik.. laki aku tak bagi aku kuar kan tapi aku terpaksa, dah bernovel dia kat situ. takpe aku sabo tunggu sampai pukul 4, ada Mr Soma ni peguam katanya nak take over kes laki aku ni. nak claim insurans kereta cina tu sebab polis yang kawteam dengan dia tu bagitahu laki aku tak salah. so dia cakap kalau suami puan tak menang kes saya tak berani datang sambil cakap patah bahu 20k tangan 20k.eh dalam hati aku, laki aku dah patah riuk duit2 ni tak kan dapat kembalikan semua tu.. ececeh..
masa tu abang aku datang. dia baru balik dari balai siap lepak dengan polis cerita pasal laki aku ni. siap ambik pic moto. hailah jerung.. baru beli ko.. baru seminggu pakai dah tersadai. ekekeke.
Jerung ni beli dengan adik aku.. dia sibuk berkawasaki la.. motor kat sini tak nak pakai dah. laki aku beli terus jadi gini!. banyak picnye tapi tak larat aku nak tempek kat sini.
lepas tu.. aku suruh abang aku dok cakap dengan peguam sebab masa ketika ini otak aku tak dapat fiikir apa-apa. makan pon tak lagi ko bayangkanlah.. 3 hari juga aku tak de selerra makan tau!... lepas tu.. dalam pukul 7 aku paksa abang aku merayu dekat guard nak tengok laki aku. guard bagi buka pintu sikit je dapatlah jengah.
pastu... aku merayu cakap laki aku tak makan lagi 1 hari.. akhirnya dapat masuk aku suapkan dia roti. tup-tup dr ortopedik, dr liyana datang cakap hero tu dah boleh balik pulak.. so balik lah... malam tu suapkan dia bubur.. dia komplen tak kenyang.
Esoknye mak aku datang, bos laki aku, kawan-kawan semua datang. aku kepenatan gile jugalah. pulak laki aku nak balik ganu hari jumaat tu. jumaat pagi aku gerak balik ganu. drive sorang-sorang sangat penat.. ko pahamlah drive bawa orang sakit kan.. takpelah dugaan untuk aku..
masa dalam perjalanan dr call suruh datang spital sebab tangan laki aku tu kene masuk plate pulak. lepas ni boleh jadi bionik man lah dia.. tapi kami teruskan perjalanan balik terengganu. hari isnin balik ke putrajaya balik.. pergi jumpe dr.. dr buat temujanji hari ni sebab laki aku masih berbelah bagi nak buat ke tak.. last2 tadi dia setuju nak oprate. yang kelakarnya semalam dia suruh abang aku belah simen dia.
Hari ni dr tengok geleng-geleng kepala terus kene simen baru. PADAN MUKA!!! hahaha. tadi dr bagitahu khamis 10 pagi kene datang spital. jumaat kene bedah. huuuuuuuuuuu.. takutnye..
HAHAHA. SAYA TAKUT JARUM!!
ASIK BEBEL JE DIA TAKUT JARUM
↧
LONGCHAMP
Assalammualaikum W.B.T
Promosi LONGCHAMP MEDIUM LONG HANDLE RM290 dah pun tamat
terim kasih kepada semua yang dah beli ye. ramai juga minat beg iffah dalam teduhan kasih ni :P
So ini harga baru bagi beg longchamp yang kami jual :)
Harga dah termasuk postage ye. so tak payah nak congak berapa kene tambah lagi :)
Kaedah nak beli DEPOSIT 50% dan 50% selepas beg sampai malaysia
lepas sampai malaysia dan kami terima 50% lagi, terus pos kat uals..
CABAS
LE PLIAGE
METAL
Pre-order ni ambik masa 2-4 minggu so harap bersabar ye
untuk yang nak pakai raya please make paymet depo sebelum 5/5/13 kalau tak nak beg uals
lambat sampai. benda kita order dari obesi so faham-faham jelah :)
Untuk sebarang pertanyaan sila email :
pupeliyanashop@yahoo.com
atau whatsup/line/kakaotalk
019-Tujuh6Tujuh6Lima9Empat.
Thanks :)
↧
Masuk Wad
Assalammualaikum W.B.T
Hari ni aku ambil 4 jam pergi hantar laki aku yang manja tu daftar masuk wad. Asik sebut takut jarum je laki aku tu. kene oprate masuk plate kat tangan dia. takut bebeno.. hahhaa. Dia masuk wad Ortopedik 3C.. bila datang je semua dr macam xsited terlebih... "eh itu zakaria dah masuk ke?? wah dia dah ada dalam wad ke? hahahah. bangga laki aku semua dr jadikan dia retis kejab padahal dalam hati dr tu tunggu ye tak sabar nak godeh tangan u. eee takut..
Masuk-masuk je nurse suruh tukar baju spital. bebel dia asik cakap baju tu besar lah. apa lah.. eii laki aku ni memang mengada-ngada plus manja pahamlah anak bongsu...aku layankan je. kang kalau dia kuar ayat "hantar abang balik rumah mak" tak ke penat aku nak drive 8 jam sorang-sorang???
Siap je salin baju ada nurse datang buat penerangan. bagus nurse dalam wad ni tak macam nurse dekat kaunter bawah macam singa belagak nak mampos. lepas tu ada doktor sebaya aku datang ambik darah. susah laki aku punye darah nak keluar. pekat pulak tu. lepas tu kene cucuk jarum nak masuk air. part ni kelaka sebab 2 kali dr cucuk tak berjaya. laki aku kata sakit nak mamposss.. dia nak suruh doktor pasang kat kaki. boring je doktor tu tapi dia macam tak pandai buatlah.. tangan pun gigil-gigil. udahnye boring dia pergi makan sebab geng-geng dia dah berkumpul dekat laki aku ajak dia makan. DASAR. haha
Laki aku dapat wad berdua sebab guna Micares. Kilang dia bayo semua. syukur boleh guna sampai 6k. kalau tak mana nak cari berK-K sebab plate pergelangan tangan dia je dah sama harga dengan GUCCI BOSTON kaler pink yang aku minat tu (tutup mata jab)
Dia duduk dengan sorang pakcik tua yang kuat tidur dan bersendo..KROHHHHHHHHHHH KROHHHHHHHH bising oo. Redha jelah..Katil pulak kecik!! aku tak dapat nak tumpang tidur malam ni. aku tidur atas kusi jelahh.. sopsop.. nasib i dapat tunggu tau tapi kene isi borang. oklahtu.
Rata-rata doktor ortopedik kat hospital putrajaya tu semua baik-baik tak sombong tapi NURSE masyaAllah garangnyeeeeeeeee.. Doktor dia marah macam balaci dia je. sabarjelah..
Doakan pembedahan ni berjalan dengan lancar ye. Amin :)
↧
↧
Dia Pulang.........
Assalammualaikum W.B.T
Setelah 5 hari 4 malam kami bercuti di spital. (amboi ko ingat duduk hotel ke jemah?) akhirnya hari ni (ISNIN 8.07.13) kami dah boleh balik..esh silap, en suami dah boleh balik. Oleh sebab kepala aku macam nak pecah magrain sudah aku MC. maaf ye kepada semua kat opis tu.. nak cakap aku kuat cuti ke kuat mc atau apa pun cakaplah.. kalau berada ditempat aku korang akan faham.. aku yang tak sakit pun terus magrain, stresst sakit badan semua jangan cakaplah.. En suami aku tu ha sebelah patah pergelangan sebelah patah bahu ko faham-faham jelah nak makan nak kencing berak apa pun aku kene bantu.. bukan aku suka-suka nak manjakan laki aku..
Masa kat spital ada seorang anak pakcik tu perli aku suap laki aku makan. sedih aku.. tapi peduli apa. cuba aku patahkan dua-dua tangan ko tengok ko pandai tak suap sendiri. DASAR..
Kurus laki aku. eeh ilusi je dia kuat makan ye walaupun sakit nasi sekali makan 2-3 pingan tapi alhamdulilah lah nak juga makan. Bil spital?? mak oi Hospital putrajaya ni memang tak mampu aku nak duduk lama-lama. Bil sahaja RM1200 belum masuk besi sedara.. Besi kat tangan dia tu RM2500..Nasib laki aku ada insurans MiCares dia guna benda tu je tapi kedekut nak mampos punye kilang dia cover sampai 6K je termasuk klinik panel. fuhhhhhhh.. fuhhhhhhhhhh kedekut!
Masa memula masuk spital tu kan DR salah masuk drip tau, habis bengkak tangan laki aku.. nurse geleng-geleng tengok tapi permintaan laki aku untuk buka jarum dilayan. suka laki aku sebab laki aku fobia jarum.. so selagi ada jarum tu selagi tu dia merayu kat nurse.
HUH.. tibe-tibe mood nak menaip larik.. dah la dulu. bye-bye
p/s: minggu ni balik terengganu lagi insyaallah..
↧
Online SHOP
Assalammualaikum W.B.T
Diam tak diam lama juga aku beronline shop. tapi hari ni aku tak nak cerita pasal online shop aku yang tak berapa nak berkembang tu pon. Korang ni tak nak support aku. beli baju kat butik RM300 bangga..bile aku jual RM250 ko kata mahal. ginilah kawan-kawan. HAHA
Ceritanya aku ada pengalaman dengan satu online shop ni. Sebenarnya aku dah lama nak taip dekat blog ni tapi malas menguasi diri aku. Gini.. haritu aku ada belikan barang untuk kawan aku sempena dia tunang. Barang tak murah tapi aku memang dah niat nak bagi dia fyi dia kalau ada apa-apa tak pernah lupa aku.
Ceritanya aku ada order barang ni. lama dah.. benda dia buat sendiri so take time aku faham. aku order macam tu macam ni.. bayar nak cepat tapi dah dekat harinya tak siap-siap. aku dah cuak sebab kawan aku nak pakai untuk tunang dia tapi lagi seminggu nak tunang benda tak siap lagi. nak pos ke johor.. aku risau betul..
Rasanya aku order 2 bulan/1 bulan setengah lebih awal aku rasa benda tu boleh dia siapkan dengan cepat. tapi aku jenis beli tak suka nak paksa-paksa aku bagi masa 1 bulan juga baru aku tanya dah siap ke belum. dia senyap..
Lama pastu dia tunjuk pic yang tak sama dengan apa aku nak (dari segi warna) tapi aku tabik dengan dia sebab dia sanggup tukar dan akhirnya dia sanggup hantar ke tangan aku agar aku dapat bagi pada kawan aku masa dia tunang tu (sebelum dan boleh pakai).
Dekat sini aku nak cerita bukan dia tak bagus meniaga. ada bagusnya sebab dia sanggup tukar (tapi memang silap dia salah) cuma untuk benda-benda penting lagi-lagi untuk tunang ni, dia patutnya siapkan cepat sebagaimana janji (2 minggu)..
aku tengok hasil kerja dia sangat superb. memang aku suka.. aku pon tak rasa menyesal nak beli dengan dia lagi akan datang cuma aku perlu kuatkan kesabaran untuk menanti dalam diri aku. hahaha.
pesan aku supaya mereka dapat mempelbagi kerja mereka dari segi masa dan layanan. produk mereka tak yah dipertikaikan memang superb!!!..
p/s: sebenarnya menjadi peniaga online sangat besar cabaran dan dugaannya.. aku ada nak cerita pas customer memeningkan kepala tapi nantilah sebab kepala aku pening sebab perut tak makan eh! pose hahha. Selamat menjalani ibadah berpuasa :)
↧
Anak-anak kene kurung.
Assalammualaikum W.B.T
Kejab je dah 6 Ramadhan.. kejab lagi raya. ni bukan nak cite pasal raya tapi pasal anak-anak aku kene kurung. HAHAHA. kejam tak aku sebab kurung diorang? ni aku buat untuk mengawal kebersihan dekat umah aku yang kian jauh kian hilang. hahaha.
Amboi kau nicko!! tidur atas sofa.
Maaf anak-anaku sayang semua.. semua kau masukkan dekat dalam kandang besar yang aku beli RM399 tu. dah lama jadi perhiasan harap harga je mahal!!!. sekarang dah jadi tempat tidur makan dan berak anak-anak tersayang. hahhaa.
Tingkat atas tu Nicky dan Micky.. TIngkat kedua si kopi.. last sekali nicko dan micko. Tapi aku baik hati untuk kembar hitam (micko micky) aku bagi bantal buat diorang membuta. memang sedaplah dia..
Kan sedap kan? anak-anak itam ni nak kene letgo dekat orang yang boleh bela dia. ada sapa-sapa nak? kadang-kadang nicko pon sibuk duduk situ..
Tak padan kecik! hahaha. nicko dah tak dapat nak lepak-lepak macam ni lagi:)
amboi ko tidur tiru gaya mama ko dah kenapa? tapi dalam kandang pon mentido juga dia ni
kopi kat bawah tu tunggu masa nak keluar.
nicky paling cool sebab dia paling tak kisah kene kurung. baik nicky ni walaupun agak lembam sikit. cuba panggil dia ajak teman berak kompom dia tunggu sampai kita sudah berak hahahaha.
kesian tengok depa kene kurung tapi nak buat cam ne. mama nak jaga kebersihan ualls.. bebudak ni bukan apa, rajin mengemas sangat. letih mama nak buat sepahkan balik hahahaha. akhir kata terimalah jelingan manja dari nicko!
sampai hati mama buat kami begini.. coi!!
↧
Jatuh Hati Dengan MK
Assalammualaikum W.B.T
Lepas Furla dan Longchamp, aku jatuh hati dekat MK pulak. ada satu beg ni aku bebetul minat tapi tak beli pulak sebab aku takde bajetlah. Nak raya oiii.. Lagi satu beg Coach dengan Longchamp aku masih berbaki 1-1 tak pakai lagi T_T
Seperti biasa laki aku kata aku membazir dan kawan baikku kata aku tak humble lagi sebab pakai barang mahal. Hahaha. oiii yan aku masih seperti yang dulu cuma TERINGIN je.. tapi TERINGIN tu buat aku jadi bagholic.haha. dan pembaziran pun jadi bazirholic.
Next ni aku minat Michael Michael Kors Large Fulton Quited Satchel. Cantiknye dia. tembam!. tembam!. nasib baik aku belum minat LV, PRADA, CELINE lagi haha kalau tak botak aku botak. tak mampulah!!!! coach pon aku tak minat sebenarnya.
Handbag FURLA aku yang fake tu dah aku jual sebab barukutahu pakai barang fake takkan sama dengan kepuasan pakai barang ori. Mahal memang mahal tapi aku ada cara.. Tak yah beli kat butikla... sedih aku beli coach RM1K dekat butik tengok dekat online cuma RM560 je orang jual. :(
Bag MK yang aku minat ni tak tahu pulak berapa kat malaysia tapi kalau beli dekat online dapat bawah RM1K huhu. kebiasaannya aku beli bayar deposit dulu pastu barang dah sampai malaysia baru bayar separuh lagi ATAU!! kalau mahal sangat bayarlah dua 3 bulan. diorang ni boleh je buat installment tapi carilah yang leh dipercayai.
Aku selalu beli dekat Thesupernini @ FB dia BagaholicbyIdzany ATAU dekat Princess-victoria-stylo ATAU juga dekat Lynn's Coach Collection. Semua ni kene ushar dulu kadang2 ada mahal ada murah. kalau ada kawan yang duduk obersi lagi baguslah..
Bag MK ni aku minat je beli tak kot. sebab laki aku dah ugut nak jual Coach aku:( JAHATNYE!! dia cakap lagi bulan ni tak ada peruntukan untuk aku menshopping. yelah sejak dia tak kerja ni nak berbelanja aku pun takut tapi aku beli bag ni tak mintak duit dia.. tahu2 dah beli aku tunjuklah dekat dia..
p/s: aku tak beli pun bag Gucci yang aku minat tu sebab...sebab.. kan aku dah kene ceramah agama depan butik gucci hahaha.
p/s: perangai pembaziran seperti ini harus dikekang.
↧
↧
Peplum Plusize dan Banyak Lagi
Assalammualaikum W.B.T
Dah nak raya kan?
so kat sini aku pon nak menjual juga! hahaha.
Aku nak war-warkan promosi dari PLS (Pupeliyanashop)
Potongan 10% untuk item dibawah!! jom beli ualss..
supportlah sikit :P
untuk pertanyaan-pembelian sila email/whatsup:
p/s: sila jangan mengada-mengada nak email/whatsup iklan perniagaan
lempang karang!
untuk pertanyaan-pembelian sila email/whatsup:
pupeliyanashop@yahoo.com / 0197676594
p/s: sila jangan mengada-mengada nak email/whatsup iklan perniagaan
lempang karang!
PROMOSI HARI RAYA!!!!
Tilly fashionable plussize peplum 2XL RM50 (Harga asal)
Tilly fashionable plussize peplum 2XL RM50 (Harga asal)
PROMOSI 10% Hanya RM45
(Harga tidak termasuk kos penghantaran)
RM7 Semenanjung RM9 Sabah & Sarawak
(tidak termasuk seluar, seluar hanya cadangan penggayaan)
Warna yang Ada: Brown
Warna yang Ada: Brown
PROMOSI HARI RAYA!!!!
Dorothy Plussize Peplum Kurung RM80 (Harga asal)
Dorothy Plussize Peplum Kurung RM80 (Harga asal)
PROMOSI 10% Hanya RM72
(Harga tidak termasuk kos penghantaran)
RM7 Semenanjung RM9 Sabah & Sarawak
Warna yang ada : Black, Brown, Purple
Material : Lycra
Size : Free Size (suitable up to 4XL)
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Special Note : 2 pieces design. Top & Skirt can be worn separately
Top
Shoulder Width 16inch
Sleeve Length 24inch
Armhole 21inch
Waist 36 - 50inch
Hip 42 - 50inch
Length 3 40inch
Skirt
Waist 36 - 50inch
Hip 42 - 50inch
Length 40inch
Skirt
Waist 36 - 50inch
Hip 42 - 50inch
Length 40inch
PROMOSI HARI RAYA!!!!
Nira Asymmetrical Peplum RM55 (Harga asal)
Nira Asymmetrical Peplum RM55 (Harga asal)
PROMOSI 10% Hanya RM49
(Harga tidak termasuk kos penghantaran)
RM7 Semenanjung RM9 Sabah & Sarawak
(tidak termasuk kain, kain hanya cadangan penggayaan)
WARNA YANG ADA - Brown dan Green
Material : Lycra
Size : Free Size (suitable up to 4XL)
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Sleeve Length 23inch
Armhole 18 - 25inch
Bust 40 - 52inch
Waist 36 - 48inch
Length 26 - 33inch
Size : Free Size (suitable up to 4XL)
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Sleeve Length 23inch
Armhole 18 - 25inch
Bust 40 - 52inch
Waist 36 - 48inch
Length 26 - 33inch
PROMOSI HARI RAYA!!!!
Loretta Premium Lace Jubah RM90 (Harga asal)
Loretta Premium Lace Jubah RM90 (Harga asal)
PROMOSI 10% Hanya RM81
(Harga tidak termasuk kos penghantaran)
RM7 Semenanjung RM9 Sabah & Sarawak
(tidak termasuk kain, kain hanya cadangan penggayaan)
WARNA YANG ADA - Black &Red
Loretta Premium Lace Jubah rm90
Material : Lycra
Size : Size 44 only (suitable up to 3XL)
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Special Note : Model is 165cm wearing 4inches heels
Shoulder Width 14inch
Sleeve Length 21inch
Armhole 18inch
Bust 42 - 48inch
Waist 40 - 46inch
Length 53inch
PROMOSI HARI RAYA!!!!
Addie Embroidery Plussize Maxi RM59 (Harga asal)
Addie Embroidery Plussize Maxi RM59 (Harga asal)
PROMOSI 10% Hanya RM53
(Harga tidak termasuk kos penghantaran)
RM7 Semenanjung RM9 Sabah & Sarawak
Material : Cotton
Size : Free Size (suitable up to 5XL)
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Special Note :
Bust 44inc
Waist 46inc
Hip 54inc
Length 57inc
PROMOSI HARI RAYA!!!!
Janetta Mini Plus Fishtail Tunic RM49 (Harga asal)
PROMOSI 10% Hanya RM44
(Harga tidak termasuk kos penghantaran)
RM7 Semenanjung RM9 Sabah & Sarawak
(tidak termasuk seluar, seluar hanya cadangan penggayaan)
Janetta Mini Plus Fishtail Tunic RM49
Material : Cotton
Size : Free Size (suitable from M to XL)
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Bust 34 - 40inch
Waist 31 - 36inch
Length 27 - 39inch
Material : Cotton
Size : Free Size (suitable from M to XL)
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Bust 34 - 40inch
Waist 31 - 36inch
Length 27 - 39inch
PROMOSI HARI RAYA!!!!
Anely Plain Cotton Plussize Peplum - Size 40 RM45 (Harga asal)
Anely Plain Cotton Plussize Peplum - Size 40 RM45 (Harga asal)
PROMOSI 10% Hanya RM40
(Harga tidak termasuk kos penghantaran)
RM7 Semenanjung RM9 Sabah & Sarawak
(tidak termasuk kain, kain hanya cadangan penggayaan)
WARNA YANG ADA - Purple, Mustard dan Dark Blue
Material : Cotton
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Special Note : Model is featuring medium plus size
Measurement Chart
Size 40 - suitable from 2XL to 5XL
Shoulder Width 15" - 22"
Armhole 18"
Bust 40" - 58"
Waist 36" - 50"
Length 33" 36"
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Special Note : Model is featuring medium plus size
Measurement Chart
Size 40 - suitable from 2XL to 5XL
Shoulder Width 15" - 22"
Armhole 18"
Bust 40" - 58"
Waist 36" - 50"
Length 33" 36"
PROMOSI HARI RAYA!!!!
Ginny cotton fishtail tunic - RM50 (Harga asal)
Ginny cotton fishtail tunic - RM50 (Harga asal)
PROMOSI 10% Hanya RM45
(Harga tidak termasuk kos penghantaran)
RM7 Semenanjung RM9 Sabah & Sarawak
(tidak termasuk seluar, seluar hanya cadangan penggayaan)
WARNA YANG ADA - red
Material : Cotton
Size : Free Size (suitable up to 4XL)
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Shoulder Width 41cm
Sleeve Length 60cm
Armhole 50-60cm
Bust 106 - 160cm
Length 80cm
PROMOSI HARI RAYA!!!!
Gayleen Extra plus fishtail tunic RM53 (Harga asal)
Gayleen Extra plus fishtail tunic RM53 (Harga asal)
PROMOSI 10% Hanya RM47
(Harga tidak termasuk kos penghantaran)
RM7 Semenanjung RM9 Sabah & Sarawak
(tidak termasuk seluar, seluar hanya cadangan penggayaan)
WARNA YANG ADA - Magenta
Shoulder Width 15" - 25"
Sleeve Length -
Sleeve Width -
Armhole 19"
Bust 43" - 62"
Waist 50" - 64"
Hem -
Length 30" - 38"
untuk pertanyaan-pembelian sila email/whatsup:
pupeliyanashop@yahoo.com / 0197676594
↧
Bazar Ramadhan Agc
↧
Tayar Kereta Pechah!
Assalammualaikum W.B.T
Dugaan nak raya. mentang-mentang abang jib bagi BANTUAN KEWANGAN sempena raya ni RM500... 3 kali ganda keluar duit hari ni. alkisahnye.. tayar kereta aku pecah. aku tak sure langgar apa. tapi memang kuat bunyinye.. GEDEBUK!!!! fuhhhh..
al maklumlah tayar kereta kita ni nipis besar pulak tu, pastu sport rim pulak teruk dah bergerigi sana sini.. langgar je benda habis pecah terus terhuyung hayang :(
nasib baiklah ad yang sudi datang membantu ambik aku kat kawasan kejadian hahaa.. thanks kakak pieja ambik i :( call en suami dia tak sedar diri. kalau sedar pon dia tak leh nak datang sebab kat umah ada moto ego yang lama dah tak start dan kereta saga manual. dia tak leh bawa lagi kereta manual.
balik tu ilek jab terus datang balik. nasib baik aku masih ingat macam mana nak bawa kereta manual hahahaha. tapi sebelum tu sebakul laki aku bagi bebelan. membebel 24jam lah dia. dia cakap aku cuailah apalah.. : ( huwaaaaaaaaaaaaaaaa orang lelaki ni kalau kita yang langgar asik bising je tapi kalau dia, mau sebakul dia salahkan orang lain.
pastu.. nasib ada abg mus datang membantu tukar tayar spare. sebenarnye ramai nak ulur bantuan tapi aku ni pemalu.. malu nak mintak tolong korang dikala bulan puasa yang mulia ini.. alhamdulilah punyai kawan-kawan yang sedia membantu :)
dah siap tukar tanya teruslah kita pergi kedai tayar. memula nak tukar 1 tapi bila tokey kata sport rim kene ketuk makan masa 2 hari terus bincang balik. bukan apa kalau dia ketuk, sementara kita nak pakai keta tu, kene lah bayar RM70 sewa sport rim. fikir-fikir dengan kondisi tayar pon dah nipis baik tukar je semua siap sport rim sebab nak tukar tayar kecik sebenarnya.
kalau ada yang kata aku membazir lantaklah sebab aku fikir masa panjang. lagipun tayar nipis dan terlalu besar sekarang agak bahaya. pakai tayar nipis dan rim 17. so kami laki bini buat keputusan untuk tukar 16 punye.. tukar la sport rim.. trend in pon dapat RM450.. kita tambahlah lagi 1537 untuk tayar 4 biji RM800.. RM1100 untuk sport rim dan lain-lain.
Setelah berbincang, aku pilih sport rim ini.. hahaha. sama pulak dengan sport rim saga blm aku. lantak lah.. laki aku plak cakap tak lawa dan ada pilihan lain tapi last-last choice yang aku suka juga.. semua nak tanya aku kan. lantak kau lah.. hahaha. so dalam keadaan terdesak ni, kitarang kongsi-kongsi duit. aku bagi 500 je (duit abg jib bagi haha) tu je aku mampu walaupun aku yang bersalah sebab pecahkan tayar tu :(
dah la benda dah jadi kan :P
so mehlah beraya dengan tayar baru..
p/s: pasni nak kene servis dua2 kereta pulak X_X
↧
Aidilfitri 2013
Assalammualaikum W.B.T
Aku tengok rajinnye orang lain updated blog pasal raya. tapi aku kus semangat malasnye.. Bukan malas dah kenapa tapi sejak akhir-akhir ni aku kurang main tenet, kurang ada idea nak menulis, serba serbi kurang gitu.. nak wasap pon malas..
Tapi ada masa free ni aku updated jab blog aku ni ha.. nak cite pasal aidilfitri kali ni. sebenarnya aku suka raya tahun ni sebab dah 2 tahun aku tak makan ketupat nasi. kalah aku raya dekat france ualls. kan dah dua tahun berturut-turut raya 1st dekat umah mak mertua aku. kat sana tak de ketupat nasi, takde rendang, takde lodeh, kuah kacang, ayam masak merah, ayam masak kicap semua takde...
Apa yang ada?? mak mertua aku selalu buat nasi dagang atau laksam tapi biasanya laksam tak sempat nak tambah dah habis. so yang ada nasi dagang. aku bukan sombong tapi perut aku yang sombong, tak berapa boleh makan pulut-pulut kalau terlebih makan memulas. ketupat sana pun pulut juga.. T_T
sambung pasal raya aku tahun ni, aku sukalah sebab dapat makan semua yang tak dapat makan tu.. tapi raya tahun ni tak seperti dirancang sebab seperti sedia maklum laki aku kemalangan so segalanya terbatas. raya tahun ni terbatas sikit tang kewangan sebab boleh pulak nak raya ni gaji laki aku socso tak bayo sebab MC takde cop spital. spital pun satu, tak cop bebetul. takpe-takpe nanti dapat banyak lega sikit.. so tahun ni banyak benda aku cut.. sebab aku kene cover banyak benda kan.. hahaha no duit raya but aku bagi juga dekat anak-anak sedara aku..
tahun ni konon-konon aku happy sebab aku dah beli baju raya cantik siap beli pesen sama dengan adik badik aku.. tapi ada 1 baju raya aku yang sumpah tak boleh dipakai. (anne! kalau ko baca entry ni, aku sedih sebab kain yang aku beli dengan ko tu tak muattttt bajunye T_T). sebenarnya aku masih sedih sebab aku sayang betul baju tu. aku suka sebenarnya tapi nak buat macam mana, tak muat.. rezeki akak aku.. dia muat hahaha (aku gemuk tapi bukan salah aku, aku dah bagi ukuran baik punye.. hahhaa)
Tahun ni tema aku laki bini ialah GREYPINK. Laki aku yang pakai grey aku ada pink-pink sikit. sempena grey ni, aku siap beli wrislet grey, handbag grey, tudung grey..all grey ualss...tapi aku tak sempat cari kasut grey T_T sebab kekangan masa. memang tak sempat nak membeli-belah dekat mall.. tapi takpe, raya tahun depan, tak payah nak pening-pening cari kasut dekat mana.. klik je Zalora Malaysia, macam-macam jenis kasut ada.. paling aku suka flat shoes..paling penting aku tak perlu keluar kesana sini, klik klik.. tunggu je abang posmen datang hantar. Mudah dan yang penting pantas, 1-3 hari dah boleh dapat kasut pilihan kita tu :) tak tunggu sekarang nak beli sekarang pon ok :) mana tahu nak pakai g openhouse kan hikhik
Nah ambik gambar aku laki bini. tak yah kutuk tau aku memang tak sekurus hanis zalikha atau secomel yuyu zulaikha.
Kegemaran aku : Melissa
kenapalah aku tak beli haritu :(
zalora pun ada jual tau :)
zalora pun ada jual tau :)
Nah ambik gambar aku laki bini. tak yah kutuk tau aku memang tak sekurus hanis zalikha atau secomel yuyu zulaikha.
aku geram dengan gambar ni sebab muka aku nampak gelap. badan aku nampak besar.. hahaha
pastu baju laki aku nampak biru... T_T
raya pertama tak ramai yang balik kampung.. mak aku dan abang aun (duduk serumah), aku dan suami, akak aku si awin dan family, abang yan dan family (tapi dia raya umah mak mertua dia dekat je dengan umah mak aku.. dia singgah jab pepagi raya tu), abang ayie dan keluarga dan adik aku yang bontot tu. sempat snap-snap tapi tak sempat nak snap gambar abang aun aku tu sebab dia penat, dia bantai tidur raya pertama tu. pastu sambung buat sate. sabojelahh.
mak aku yang gojes dengan anak bontot dia
(anak bontot - anak bongsu)
ni family akak aku awin. laki bini cikgu
ramai anak dia.. masa dia ngandung yang last,
semua ingat aku yang mengandung sebab
time tu aku baru bape bulan kawen hahaha pulak akak aku baru pas bersalin.
laju ko poses erk..
ni abang aku yang dok serumah dengan aku sebab bini dia keje terengganu
so dia PJJ.. tapi belum setahun dah dapat anak PJJ
alhamdulilah rezeki diaorang. diorang kawen tahun lepas.
kira aku kawen awal dari diorang.
ni abang aku yang duduk kajang
susah betul nak ambik pic anak bujang dia ni, tak serius.
lepas kene marah baru cun hahaa.
aku paksa abang aku katup mulut dan amcam orang tahan berak pulak
haahahaha.
malam raya pertama pulak akak aku sorang lagi balik. akak anum. aku rapat dengan dia ni. dia memang selalu balik lambat sikit sebab dia dulu jaga mak mertua dia tapi mak mertua dia dah meninggal belum cukul 100hari so dia tak sampai hati nak tinggal umah raya pertama. so raya kedua dia mintak aku ambik pic dia sekeluarga. nak juga tu!
pon susah nak ambik pic akak aku ni. anak teruna dia yang sorang tu tak suka bergambar, yang sorang tu tak serius. anak dara dia pulak tengah peyed faham-faham jelah asik moody je pastu menagis sebab gaduh pasal duit raya. aissshhh
abg aku yang sulung pon balik tengahari tu so sempat ambik pic dia.
sangat susahlah nak tengok diorang ni datang lengkap 5 orang nasib baik kali ni cukup 5 orang. dapatlah ambik pic. sebenarnya ada lagi sorang selain dari abang aku yang tidur tadi tak ambik gambar iaitu abang kahar aku. dia balik raya ke 5 katanya.. aku pon tak sure... takpelah janji dia balik jumpe mak dah alhamdulilah.. dan tak kan sama seperti 5 tahun yang lalu iaitu bapak aku dah takde. Sedih juga tapi Allah lebih sayangkan dia.. kalau dia ada, umur dia dah 72 tahun.. sopsop - Al-Fatihah.
Tahun ni kitaorang tak raya mana-mana pon. lawat kubur, pergi umah atok (atok dah takde tapi ada perjumpaan keluarga belah bapak aku, tiap-tiap tahun memang ada), pastu raya 2-3 buah umah sedara terdekat je.. sebab kitaorang bukan jenis keluarga yang suka beraya ke rumah orang hari raya ni sebab mak aku kureeeng minat.. dia lebih suka menerima tetamu hahaha.
tahun ni kali ke 3 aku beraya sebagai isteri orang.. walaupun belum beraya sebagai ibu orang lagi tapi tak apa hikhik.. alhamdulilah. sederhana dan bahagia..
opps: anak bulu semua tinggal putrajaya.. nasib mereka pandai jaga diri. aku tinggalkan 5 hari. tak nak hantar boarding sebab kos tinggi (5 ekor anak kucing) dan taknak depa stress. selalu balik dari boarding mesti depa stress. aku lagi stress nak handle. hikhik
↧
↧
Kedai Kasut Tiamo
Assalammualaikum W.B.T
Aku nak cerita pasal kasut kungfu aku yang aku beli dekat Kedai Kasut Tiamo. Ala kalau korang pergi alamanda ada satu kedai kasut yang baru buka ala-ala korea comel je tapi serabut sebab tak sempat nak bersusun dan pekerja cuma 2 orang je tu.. Ceritanya aku berkenan dengan 1 kasut tiamo ni. masa tu aku jalan-jalan dekat Sunway Pyramid.
Oleh sebab aku sedih tak dapat cari kasut Salvatore Ferragamo Barbados Jelly - Greyaku pun ajaklah laki aku jalan-jalan sunway cari kasut tapi dua kali pergi Tiamo ni punye ramai bapak ayam orang. Kali keberapa aku pergi tah baru aku dapat masuk.
Belek punye belek akhirnya laki aku berkenan dengan satu kasut ni..Murah je.. sebab ada diskaun. Kalau tak harga dia dalam RM139 kot tapi aku dapat RM69.50.. Aku panggil kasut tu kasut kongfu....
Aku beli dua kasut ni sebab berkenan dengan colour dia. satu lagi sebab tapak dia selesa dan tak nampak perempuan sangat. boleh pakai dengan jeans tapi bile pakai dengan baju kurung nampak agak selekeh sikit hahaha.
Kasut ni bagi aku dia selesa tang tapak dia.. lembut tapi kaki aku ni jenis jahat.. getah tepi2 tu buat kaki aku sakit.. plus belakang kasut ni macam pendek sikit dekat tumit tu so asik terbuka je kasut ni bile jalan. nyesal pulak beli. nasib laki aku minat punye pasal kalau tak mau aku dah letgo dah...
Sebenarnya banyak lagi design yang ada kat tiamo tu boleh buat feeling3 korealah sangat tapi masa aku pergi kedai dia kat sunway ni mak dato' lahhh ramai gile orang. sorang pegang display kasut tu tak lepas-lepas. ada yang ambik 20 jenis letak depan mata try satu-satu sampai naik kembang kasut tu pastu tak nak bagi orang lain ambik. doi betul. dah minat mintak lah pekerja tu ambik. try.. yang display tu bagi orang lain belek. Udahnye ilang display semua dah tak tahu nak pilih yang mana. berebut-berebut aku tengok..
satu lagi aku menyampah, awatlah tiamo ni pasang 2 orang pekerja je? sorang jaga kuanter bayaran, sorang lagi cari kasut. yang datangnye ramai udahnye aku menjerit-jerit dekat situ sampai fedup. laki aku dah cuit-cuit suruh aku cold down.. aku ni dah hot susah sikit. tapi time dah buat muka dah jerit-jerit baru ambik. Tu pon lepas aku campak kasut tu depan diaorang dan cakap "Saya nak yang ni rrrr" jahatkan aku tapi aku fedup pulak, kita depan mata layan orang belakang bontot kita pulak. gerrrr. Tiamo silalah tambah pekerja kalau tahu kasut tu laku gile..
Kesimpulan yang boleh aku buat tentang kasut yang aku beli :
4/10 - sebab aku tak selesa dengan getah yang menyakitkan dan bahagian tumit yang pendek dan aku tak dapat pakai dengan kerab kasut tu :(
Kesimpulan keseluruhan:
7/10 - harga ok cuma aku rasa ada yang terlampau mahal (kalau takde less) tak bersepadan dengan kualiti kasut, banyak pilihan sekali imbas macam design ferragamo pon hadooo hahaha, selesa tang tapak dia.. agak lembut la.. kedai cantik, pekerja lembab hahaha (please jangan guna pekerja luar jaga kuanter...adohai.. carilah gadis melayu ke cina ke.. bukan tak nak bagi orang luar kerja tapi better cari orang yang faham apa kita cakap)
Bonus:
Pekerja dia salah key in total kasut aku.. patutnye RM139 untuk 2 pair (ada less 50% kalau tak sepasang RM139 MAHAL! tapi dia sedut RM99 je dari kad debit aku. hahaha.. jimat:P
Salvatore Ferragamo Barbados Jelly - Grey:
Dah lama aku berkenan tapi aku takut nak g butik. mahal.. aku cari orang jual online, ada tapi takde kaler grey.. kalau ada harga RM790++. Sapa-sapa nak g paris alangkah indahnye dapat kirim tapi tunggu aku kumpul duit dululah hahahah. (Dulu aku ada duit tapi sebab tak dapat grey habisdahhh duitku itu.. maaflah aku tak kaya nak beli apa-apa kene kumpul dulu sopsop)
↧
Melepaskan..
Assalammualaikum W.B.T
Melepaskan.. bukan mudah.. ramai orang harapkan aku melepaskan je tak payah nak tunggu-tunggu lagi tapi susah bagi aku.. dan tak mudah orang nak memahaminya..
Aku sayang dia cinta dia kasih dia macam aku sayang cinta dan kasih seorang ibu kepada anak. Tak mudah. susah. Mulut kata nak melepaskan tapi bukan hati.
Tekanan sana sini buat aku sakit dan terhiris.. Tapi aku cuba untuk buang perasaan aku jauh-jauh sebab perasaan aku bukan utama lagi sekarang.
Boleh ke mama berpisah dari semua?? Boleh ke??
↧
Balasan Email Spam Puan Norma Yang Mulia
Assalammualaikum W.B.T
Sekarang kerap benar aku dapat spam. today aku rajin nak balas spam-spam aku yang melacak-lacak (orang sungai lurus kata) hahaa.. antara email spam yang aku dapat adalah dari puan norma yang menggelarkan dirinya sebagai seorang insan yang mulia yang tidak dikenali . Berikut adalah email beliau :
From: Pn. Norma Syallieyana Binti Nor Najib
<savigems@mailinfinity.com>
Kepada yang dihormati,
Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya
hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan
sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.
Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir
yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana tidak
membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya.Saya
harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum
ini.
Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu
menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai
sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah
Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit
seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah.
Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk
mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang
boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan
nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda
untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang
lain yang memerlukan bantuan juga.Ini juga adalah permintaan arwah suami
saya sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk
meninggalkan harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan
dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa
kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat.
Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak Dua juta sterling
pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya.
Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda
kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya.
Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya mempunyai
masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih dahulu.
Yang Benar
Pn. Norma Syallieyana Binti Nor Najib
Reply: normasyallieyananajib@medicinachinesa.com
From: Malaysia
Kepada yang dihormati,
Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya
hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan
sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.
Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir
yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana tidak
membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya.Saya
harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum
ini.
Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu
menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai
sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah
Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit
seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah.
Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk
mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang
boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan
nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda
untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang
lain yang memerlukan bantuan juga.Ini juga adalah permintaan arwah suami
saya sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk
meninggalkan harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan
dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa
kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat.
Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak Dua juta sterling
pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya.
Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda
kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya.
Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya mempunyai
masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih dahulu.
Yang Benar
Pn. Norma Syallieyana Binti Nor Najib
Reply: normasyallieyananajib@medicinachinesa.com
From: Malaysia
Dan dibawah ini adalah balasan dari aku. saja je aku dok layan-layan penyangak2 email ni. hahahaha
Kepada Puan Norma, insan mulia yang tidak dikenali (kononnya),
Saya mendapati puan kerap sangat hantar email seperti ini. Bukan saja kepada saya malahan beratus-ratus orang lagi.Pada pandangan saya penyakit puan ini memang agak merbahaya tapi setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.Boleh berusaha menggunakan apa-apa sahaja cabang perubatan yang tidak melanggar syariat kita sebagai umat islam.
Untuk membantu puan, saya adalah tidak mampu.. tidak mampu memenuhi kehendak puan itu (iaitu terpaksa membayar berjuta-juta, puluh ribu atau ratus ribu bagi mendapatkan duit 2 juta pouns sterling - kononnya untuk kos guaman dll, yang saya kuatiri tidak pernah wujud pun kerana saya sendiri bekerja di kerajaan dan mendapati kes-kes seperti puan ini tergolong dalam kes-kes penipuan dan kebetulan saya juga adalah dikalangan orang yang hidup serba kesederhanan dan tidak memiliki wang yang banyak dan tidak mahu kerugian kerana ditipu.
Saya bukan hendak menidakkan kekayaan puan, penyakit puan atau sebagainya tapi hanya sekadar berhati-hati sebelum kerajaan saya terpaksa membuka kes saya pula untuk mendakwa puan (sekiranya menipu).
Jika puan benar-benar berhati baik saya cadangkan puan pergi sahaja menzakatkan harta puan kejalan yang benar. Banyak lagi cara yang puan boleh lakukan bagi memastikan harta puan dapat diberikan kepada yang benar-benar memerlukan seperti berhubung dengan Majlis Agama Islam (bagi tujuan zakat) atau ke Majlis Amanah Raya Berhad.
Saya pasti puan adalah seorang yang bijak pandai dapat menyelesaikan masalaah ini sebaiknya. Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
Yang benar
Insan biasa yang belum pasti mulianya.
Untuk membantu puan, saya adalah tidak mampu.. tidak mampu memenuhi kehendak puan itu (iaitu terpaksa membayar berjuta-juta, puluh ribu atau ratus ribu bagi mendapatkan duit 2 juta pouns sterling - kononnya untuk kos guaman dll, yang saya kuatiri tidak pernah wujud pun kerana saya sendiri bekerja di kerajaan dan mendapati kes-kes seperti puan ini tergolong dalam kes-kes penipuan dan kebetulan saya juga adalah dikalangan orang yang hidup serba kesederhanan dan tidak memiliki wang yang banyak dan tidak mahu kerugian kerana ditipu.
Saya bukan hendak menidakkan kekayaan puan, penyakit puan atau sebagainya tapi hanya sekadar berhati-hati sebelum kerajaan saya terpaksa membuka kes saya pula untuk mendakwa puan (sekiranya menipu).
Jika puan benar-benar berhati baik saya cadangkan puan pergi sahaja menzakatkan harta puan kejalan yang benar. Banyak lagi cara yang puan boleh lakukan bagi memastikan harta puan dapat diberikan kepada yang benar-benar memerlukan seperti berhubung dengan Majlis Agama Islam (bagi tujuan zakat) atau ke Majlis Amanah Raya Berhad.
Saya pasti puan adalah seorang yang bijak pandai dapat menyelesaikan masalaah ini sebaiknya. Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
Yang benar
Insan biasa yang belum pasti mulianya.
hahaha.. gelak guling-guling aku baca ayat aku ni entah betul entah tidak. patutnye aku maki tapi kita sebagai orang Malaysia yang kaya budi pekertinye kenelah karang karangan tahap A+ untuk menjawab email dia ni.. aish! MENIPU aje kejenye. Kes-kes gini sangat banyak dan menyusahkan orang nak tangkap-tangkap menipu. menyusahkan orang je!!
↧