Quantcast
Channel: Pupeliyana Official Blog
Viewing all 141 articles
Browse latest View live

Anak VS Bapak

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T

Again pasal black cat. nama dah ada.. sekor micko chalow, sekor micky chalow tapi tak tahu nak bezakan macam mana sebab dua-dua hitam! hahaha


Kopi buat perangai dengan memindahkan micko dan micky atas katil mama dan papa. udahnyeee. kami berdua pindah bilik lain sebab takut terpenyet jadi kucing penyet pulak. sebab papa sayang dekat cucu dia ni kannnnnnnn..


Tiap pagi sebelum kerja bagun dari tidur goso-gosok mata terus pergi menghadap micko dan micky.. comel kan. budak berdua ni dah buka mata. mata dia sama macam mama dia. biru... tapi colourrr?? 

haruslah BAPAK DIA KAN!!!


Tidur pon sepesen!!
dasar anak nicko hahahaha.


kopi sayang betul dekat anak dia.


kucing pon tahu sayang anak
MANUSIA?? SIAP BUANG-BUANG


Kembali BerUTRIM

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T

Lama rasanya aku tak cerita pasal perkembangan aku berutrim. aku rasa tak kurus-kurus.. yang kembang cuma badan aku. aku akui start stop kejab haritu kerana masalah penyakit lain, aku punye berat naik.. tapi aku syukur sebab ramai tegur badan aku kurus padahal berat aku biasaje.. Mungkin berkat berutrim hari tu dalam sebulan.. berat tak banyak turun tapi shape badan tu ada. perut pon tak sebuncit selalu walaupun masih buncit! hahaha.

Pagi ni aku berutrim agak lewat. dah kul 8.30 tapi takpe janji perut tengah kosong.


Macam dulu, aku masih minum perisa limau sebab sedap dan bila masuk tekak bestnye rasa.
kemudian gapkan sejam dan ambil air teh dan biskut..


Aku bukan diet pon selalu aku bantai je makan apa aku suka tapi sejak akhir-akhir ni buat rugi je aku beli sarapan sebab aku tak leh makan pon. tah kenapa. last-last aku bagi sarapan aku kat abg mus.. tak pon masuk dalam tong sampah. rugi.. so aku tunggu makan tengahari jelah...

sekarang badan aku dengan berat 88kg:


dan aku yakin sikit nak pakai peplum! hahahaa


ceh!! tak kurus lagi rupanye.. 
bila nak ramping ni!!

Misi Gagal - Kopi & Anak-Anak

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T


Sejak kopi bawa anak-anak dia pindah atas katil aku, aku dan laki aku jatuh pangkat. Sedih sop sop.. kami terpaksa tidur dekat bilik lain sebab takut tertindih anak dia yang sebesar galaxy note 2 aku ni. alang note ni pon kene tindih apatah lagi bebudak berdua tu kang..

Cubaan aku untuk pindahkan dia dalam kotak gagal sebab kopi akan pindahkan balik anak dia naik atas katil! tak guna! punye best dia siap masuk dalam toto ok! dulu masa kecik-kecik kopi tu memanglah tidur dengan aku sampai besar pun sama juga tapi ni dah ada anak kot. tak kan nak hangkut dua-dua.

geram dengan kopi ni cakap banyak mana pon dia tetap dengan perangai nak anak dia tidur atas katil tu.. 


Tidur siap nak bantal. masuk dalam selimut. dalam toto. siap membongkang 1 katil tu dia punye.. geram aku..kang aku bebel dia muka tak tahu dia je. nasib anak ko comel kopi ooiii


Anak kopi lak tidur buas. berjalan sana..berjalan sini.. masuk sana kuar sini. kalau dengar dia bising time dia terkejut atau cari mak dia tak jumpa je. 

 

skil tidur dia kalah bapak dia. kalau aku baring kejab sebelah mereka ni. kejab je dah datang melendet tepi aku siap bantai tidur lagi



anak kopi ada dua micko dan micky. micko jenis tidur mamposss. ko cuit pon tak bagun. kalau dia bangun ko pegang dia gerenti dia marah. seko lagi micky. micky ni jenis selambek dek dia je. dia paling suka melecet kat aku. tidur atas tangan aku.. kadang-kadang masuk bawah aku. mana tak aku risau dia terpenyet. micky ni jenis kuat main kuat terkejut. kalau dia tidur jangan ada bunyi kalau ada kompom dia terkejut pas tu sambung tidur balik. macam bayi manusia juga :)

 

Malam tadi aku usahakan 1 misi. letak bantal kucing atas katil letak atas kepala nak suruh depa tidur..  so aku leh tidur atas katil ni dengan papa dia.




Tapi sayang... MISI GAGAL. aku kene tidur dekat bilik lain smpai roboh katil bilik no 2 tu (katil bujang), laku aku tidur bawah. last2 laki aku turunkan tilam, dua2 tidur bawah. TAK ROMANTIK LANGSUNG.. SEMUA KERANA KOPI.. nasib mama sayang :) Kopi............kopi, apa dia nak semua dia dapat.. letih layan perangai degil dia

PROMOSI CLEARANCE SALE PUPEL LIYANA SHOP

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T


Hari ni aku nak bagitahu kedai online aku PUPEL LIYANA SHOP
ada buat CLEARANCE SALE.
Semua murah2 ualls. ni sempena nak clearkan stok lama.
Ganti yang baru dan paling penting FREE POSTAGE! 

Jom ushar:

PROMOSI Tony Mony Lips Tint Mini Size RM8 
TIDAK TERMASUK POSTAGE. 
BELI 2 FREE POSTAGE!! 




 Melris Lace Plussize Peplum RM40
FREE POSTAGE
Harga Asal RM50
Material : Cotton
Size : Free Size (can fit up to 4XL)
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Measurement Chart
Shoulder Width 38cm
Sleeve Length 60cm
Armhole 50 - 60cm
Bust 100 -150cm
Waist 86 - 120cm 

 Length 78cm




Mona Cotton Plussize Peplum Maxi RM55 
FREE POSTAGE
Harga Asal RM65
Jimat RM10
 1 pcs sahaja. sapa cepat dia dapat

Material : Cotton
Size : Free Size (can fit up to 3XL)
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Special Note : Recommended for height 165cm & below
Measurement Chart
Shoulder Width 38 - 50cm
Sleeve Length 56cm
Armhole 42 - 60cm
Bust 100 - 130cm
Waist 80 - 110cm
Hip 130 - 150cm 
Length 135cm


 BOOKED BY FATIN DOROH

Diabelli Embroidery Peplum RM35 
FREE POSTAGE
Harga Asal RM50
Jimat RM15
 1 pcs sahaja. sapa cepat dia dapat

Material : Lycra
Size : Free Size (suitable up to 3XL
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Measurement Chart
Shoulder Width 36cm
Sleeve Length 56cm
  Armhole 48cm
Bust 94 - 120cm
Length 85cm






Plain Lycra Peplum RM35 
FREE POSTAGE
Harga Asal RM45
Jimat RM10

SIZE : 46 : L : Fits L to 2XL
Bust - 40 to 48inches,
Waist - 36 to 42inches,
Hips - Max 62inches,
Length - 30inches,
Arm opening - Max 22inches round

Warna seperti dibawah:







Sam stylish cardigans RM35 Blue
FREE POSTAGE
Harga Asal RM45
Jimat RM10

Material : Cotton
Size : Free Size (can fit from S to 3XL)
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Shoulder Width 40 – 55cm
Sleeve Length 58cm
Armhole 42 – 48cm
Length 66cm (back) 80cm (front)



Kalau korang berkenan...sementara masih ada.. sila pm di PUPEL LIYANA SHOP ye. takut tak perasan korang email sebab email banyak spam. i hate nak buka email dahh mencik!!!!!!!!!!

Peplum Raya 4xl-10xl

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T

Ada tak yang mencari peplum raya size besar punye???????? siap lace.. lawa.. kain mermaid lagi uals.. kalau ada, nak war-warkan yang PUPEL LIYANA SHOP menerima tempahan untuk peplum raya!! yeah!!!



Saya buka peluang untuk mereka yang berbadan besar merasai perasaan beraya dengan peplum :) selalu orang kecik je dapat cantik kan!! ni teaser dulu untuk maklumat lanjut boleh ke PUPEL LIYANA SHOP. Untuk peplum zayana ni kami akan buat secara pre-order.. tapi insyaallah semua baju akan dapat sebelum raya punye.. ko nak pakai time tak raya pon i tak kisah uals.. ingat sila ke PUPEL LIYANA SHOP :)


Name Tag Anak Bulus

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T

Tak lama lagi Ulang tahun kelahiran nicky dan nicko yang ke 1 tahun. Kopi pulak bulan 12 haritu. aku tak de belikan mereka apa-apa. What? bagi kucing hadiah hari lahir? macam korang, korang nak dihargai macam gitu juga haiwan peliharaan kita. sebenarnya aku dari kecil selalu sambut birthday kucing aku.

Dulu kucing aku semua ada ic yang mencatatkan tarikh lahir nama dan sebagainya sebab aku bela dekat berpuluh ekor kucing.tak caya tanya mak aku. so aku akan sambut dengan membeli 1 kek appolo kecil 30sen tu dah kami akan nyanyi sama-sama. ok bohong! aku je yang nyanyi sorang. kucing aku cuma geti makan je kek appolo tu.

Tapi sekarang lain pulak. laki aku tak bagi aku beli kek tulis nama nicko nicky kopi. dia kata aku macam budak-budak umur je dah 25 tahun tapi pemikiran aku darjah 3. haha. so aku belikan nicky nicko dan kopi hadiah yang tak seberapa dan hadiah ni bakal memudahkan aku juga jika berlaku kehilangan. Nin dia..



Loket siap nama dan no telefon aku buat anak-anak tersayang.. nanti siap korang aku pakaikan colar.. tunggu micky dan micko besar seko-seko aku letak nama ni :) Name tag ni aku order dari tagpet4u.com. CANTIK TAK??

Aku pilih kaler purple sebab aku rasa kaler tu je menggoda jantung. kopi dan nicky aku pilih bentuk love dan nicko seekor jantan yang kacak aku bagi bulat. hehehe.. kalau korang nak order juga macam aku ni..pergilah order dekat tagpet4u.com. Korang email ke : sales@tagpet4u.com.

Untuk tahu bentuk apa yang ada, korang pergi ke Facebook Tagpet4u ok.. ada banyak bentuk boleh korang pilih. warna pon sama.  Ni antara pic customer mereka yang dah order !! yehh lawa kan?



Apa lagi.. hadiahkan anak bulus korang dengan tag ini.. selalu diakucing buat ko happy kan.. la ni ko buat dia happy pulak! (padahal kucing ko terpaksa pakai kan?? haha) aku buat satu tag ni RM16. tambah RM5 untuk pos laju. Siap dalam masa 2-3 minggu. nice kan?? 

Tak sabar nak pakaikan anak bulu!! hahahaa.

Peplum Raya Sehingga 10XL

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T

PRE ORDER PEPLUM ZAYANA WITH LACE
PRE ORDER 15 MEI - 30 MEI 2013
SIAP DALAM TEMPOH 3-4 MINGGU SELEPAS ORDER DITUTUP


Untuk mereka yang mencari peplum raya, hari ni aku nak war-warkan bahawa aku mengambil tempahan untuk peplum zayana berlace siap kain ye. 1 sut. ramai sangat tanya tak nak buat ke untuk size besar. so aku buat. Pada harga yang aku rasa sangat berpatutan (boleh ushar size biasa pada harga yang sama dijual).

Berikut info mengenai tempahan ini : 

 

Gambar dari tailor kami. tolong jangan copy tanpa mendapat kebenaran sebab ni saya mintak kebenaran dulu dari tailor sebelum berniaga baru berkat haha. Atau boleh refer SINI untuk banyak lagi contoh.

Harga adalah berdasarkan kepada jenis kain. Kami keluarkan 2 jenis kain iaitu MERMAID seperti gambar diatas dan Acut.. contoh Acut macam gambar dibawah:

 

Harga pula mengikut size. Berikut adalah harga mengikut size dan jenis kain.

 



Ukuran size pula adalah seperti berikut:





Material baju ini adalah dari kain jersy. Berikut contoh warna yang boleh diorder:










Warna lace juga boleh dipilih. 



Jika anda berminat, boleh email aku pupeliyanashop@yahoo.com atau korang terus pm di facebook aku pupeliyanashop atau pupeliyana. Jika anda ingin memberikan ukuran sendiri pun boleh, warna kain lain, warna baju lain pon boleh.. terpulang pada anda. Apa tunggu lagi, sebelum tailor tutup order baju raya meh tempah cepat!! Lace yang kami gunakan sangat besar ye.. kalau beli mau semeter RM60 :) so memang puah hati peplum ni :) CEPAT!!!!

Furla Candy Pre-Order

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T

PRE ORDER
ESTIMATED : 1-2 WEEK AFTER U MAKE PAYMENT/DEPOSIT

PRICE:
FURLA CANDY 1 COLOUR - RM330
FURLA CANDY GLITTERS 1 COLOUR - RM330
FURLA CANDY 2/3 COLOUR - RM400
FURLA CANDY GLITTERS 2/3 COLOUR - RM430
FURLA CANDY DALMATION - RM450
FURLA CANDY FLOWERS - RM500
FURLA CANDY CROCO - RM500

PRE ORDER NEED FULL PAYMENT/50% DEPOSIT










MORE COLOURS HERE
 
 
Untuk sebarang pertanyaan atau nak order sila ke pupeliyanashop
atau email pupeliyanashop@yahoo.com
cepat!!! 

Handbag Putus Ger..

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T


Lama aku nak tulis entry ni tapi malas je 24jam. 

Aku sebenarnya sedih sebab handbag coach yang aku beli tak sampai 1 bulan tu dah jahanam. Ni lepas balik terengganu haritu.. aku perasan yang tempat sangkut tali untuk sling tu dah putus. Menyampah pulak. baru pakai berapa kali. tapi tempat sangkut tu memang kecik bebenoo..

Beg tu aku tak de letak benda berat pun.. dah putus .. Hmm.. sakit jiwa pulak aku.. sebab laki aku dah membebel tahap apa dah memekak dekat aku. Hari ahad lepas dia ikut aku.. sebenarnye aku yang ajak dia pergi hanto beg tu dekat butik nak suruh depa repair.. 

Warranty 1 tahun kan..tapi diorang cakap diorang cuba buat kalau tak boleh diorang tak repair. kenapa tak mention kalau takleh diorang ganti lain. baru sangat kot!! ke memang tak kan ganti?? akan pulangkan yang asal tanpa betulkan? aku pun tak surelah! aku tak pernah beli beg coach sebelum ni. 1st time beli dah jahanam... terus rasa nak blacklist je. gerrrr..



ko tengok dekat gambar kat atas tu..kecik je kan tempat sangkut dia tu.. tah macam mana leh tanggal :( dah kene marah dengan laki aku. paling berat aku rasa aku bawa powebank je kot :( sedihnye sedihnye.. sekarang bertapa lah beg tu untuk direpair..


Peplum Lagi. Plusize Okeh (4XL)

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T

Atas permintaan ramai. eh! permintaan kak tipah. maz upload pic peplum macam hari tu ye.. kaler lain pulak. haha eh! tibe2 aku bahasakan diri maz lak. ahhaha.

Ginny Cotton Plussize Fishtail Peplum RM50
Material : Cotton
Size : Free Size (suitable up to 4XL)
Stretchable : Yes
Thickness : Normal
Measurement Chart
Shoulder Width 41cm
Sleeve Length 60cm
Armhole 50-60cm
Bust 106 - 160cm
Waist 90 - 130cm
Length 80cm







Kalau berkenan

Happy Birthday To Me.

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T

Dah 25 Tahun dah aku. kejab je masa berlalu. masih perasan aku masih dibangku sekolah.. padahal umur dah tua gile babisss. masih minat dengan benda-benda yang comel macam budak-budak. masih buat keputusan dengan pantas tanpa berfikir. masih tak matang. masih kuat melenting dan meradang

masih..masihh.. masihh

mujur ada suami yang sedar semua itu sabar dan redha..


thanks suami, tahun ni tahun ke3 sambut birthday sebagai isteri kepada zakaria.. tahun pertama dia belikan kek blueberry, kita dapat kupon mcd.. kita makan dekat meja kecik.. potong kek.. alhamdulilah. biarpun tahun pertama kawen kita hidup susah sikit. biasalah baru-baru nak hidup tapi kita dapat sambut juga dalam keadaan simple tapi bahagia.

Tahun lepas suami bawa naik motor 20 hari sebelum birthday sebab time tu suami ada duit. naik motor sebab masa tu kereta rosak.. suami bawa pergi metro kajang dan belikan sebuah gitar kaler purple walaupun sampai saat ni masih tak geti-geti juga nak main. lepas tu.. malam birthday tu, tengah main laptop...suami nyanyi dan peluk dari belakang siap bagi kad dan hadiah.. walaup cuma benda pusing-pusing bunyi-bunyi lagu birthday.. im happy..kita tade makan kat luar masa tu mana cukup duit.

Tahun ni, suami dapat gaji awal.. suami dapat bonus. so suami belikan cincin emas sebab harga emas kan murah.. hahaha.


Pastu.. kita sambut awal sikit sabtu malam sebab ahad suami gatal nak pergi main badminton konon! alhamdulilah setelah 2 tahun tak dapat sambut dengan meriah tahun ni kita dapat makan kat SR.suami cakap kita makan dekat secret resepi jelah.. i follow rupanya dia kata sebab kat situ ada kek suruh pilih kek tapi aku tak nak sebab aku tahu dia tak makan kek..aku pon takde rasa nak makan kek. terus order banana split..


Tengah suami dok nyanyi birthday, datang waiter terus lagu tu jadi separuh..tak sambung-sambung.. kita melantak sampai kenyang hehehe. lepas tu kita pergi Karaoke. suami cakap dah lama tak test suara haha. kita bantai 2 jam. gile.. thanks suami untuk lagu ini heheh :) i knowlahhh u sayang i. eh! kenapa takleh letak video.. nanti aku upload balik haha.




untuk semua yang wish, nyanyi birthday.. bagi makanan ahhaah.. i love ualls. thanks semua... doakan kebahagian aku dunia akhirat amin-amin..

Mama Cayunk Kopi

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T

Aku rindu dekat kopi sebab dia kene boarding ritu. malam tadi cakap dengan kopi, 

"kopi-kopi, kopi tidur dengan mama papa ye malam ni"

aku pulak dah tertidur depan tv menunggu laki aku main XBOX.ngantuk plus sakit.. aku tak tahan nak buka mata da. sekalitu laki aku kejut suruh masuk dalam bilik. aku masuk nampak kopi dah tidur atas tempat aku gosok baju.

aku ambik kopi, terus peluk naik atas katil bawa dia tidur.. dia bangun kepala dia tak mahu baring kat tangan aku. aku popok2 dia lama-lama dua2 tertidur. sedar-sedar, kopi punye badan atas bantal aku, kepala dia kat tangan aku.. terbalik jadinye.

best peluk kopi. rindu betul aku dengan dia. tibe-tibe aku cari kopi takde. aku tersedar. rupanya kopi dah pindah dekat laki aku.. aku panggil dia suruh baring dekat aku.. sekali aku tertidur lagi. tengok2 dia dah tidur dekat lengan aku. aku pon peluk dia tidur sampailah aku mimpi bos aku dan jam lonceng pon berbunyi.. 

dasyat mimpi aku sekarang.. bile aku mimpi bos aku je tu maknanya masa untuk bangun!!.. aku cakap kat kopi aku nak bangun pergi kerja.. dia pun ikut aku dan sambung tidur dekat lantai dapur.. kopi-kopi..

aku teringat dia masa kecik-kecik dulu...





aku tak dapat bayangkan budak meow yang aku ambiik dalam kotak sangat kecik daripada tukang jaga sementara dia yang jumpa dia keseekoran dalam kotak tu dah nak jadi mama dengan mencaras aku dulu. tapi aku tak kisah.. kejab je masa berlalu.. aku rasa aku ambik dia tahun lepas bulan 1.. sekarang dah setahun lebih dah.. sayangnye aku dekat kopi ni..

biarpun pernah melalui episod kehilangan putih yang membuatkan aku nagis 3 hari 3 malam, tapi kopi setia dengan aku dan suami. thanks anakku.. sopsop. mak ko berjiwa sikit hari ni. sebab semalam mak ko usap perut ko yang nak meletup tu rasa takut. semoga selamat melahirkan



Mama LOVE kopi chalow :)

PRE-ORDER Longchamp Le Pliage Tote

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T

Ada tak yang berkenan dengan Longchamp Le Pliage Tote?
Ha.. nak bagitau aku ada jual dengan harga yang berpatutan kot! ekeke.
tapi pre order ye yang penting 
100% Authentic!!!


PRE-ORDER
Medium With Long Handle
 RM290 termasuk postage
EST 10-15 hari dari tarikh bayaran penuh/deposit 50%
















Berminat??
email pupeliyanashop@yahoo.com 
 
 

2 Budak Itam

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T

2 Budak Itam main berebut minum susu.. 1 kene pegang tinggal lagi 1


2 Budak Itam main depan papa dia. 1 kene lempang tinggal lagi 1


2 Budak Itam main atas mama. 1 terjatuh tinggal lagi 1


2 Budak Itam main depan laptop.. 1 kene sepak tinggal lagi 1


2 Budak Itam main tepi bantal.. 1 tak sedia nak bergambo tinggal lagi 1
(eh! masih ada gambo dia)


2 Budak Itam main atas katil. 1 sudah tidur tinggal lagi 1..
(mana seko lagi ni!!)


ha dah jumpa.. tidur juga rupanye!!


2 Budak Itam main lompat-lompat..2 dah membuta.. tinggal aku jelah!!


2 Budak Itam main kene penyet-penyet..2-2 aku penyet! haha


eh! budak itam tidur lagi@!!!!


2 Budak Itam main dengan mama.. 1 dapat susu.. 1 lagi tah kemana


2 Budak Itam tidur atas bantal!!.. woi... sedaplah hidup ko kucing


2 Budak Itam main dengan papa.. 1 penakut.. tinggal 1 jela. eh mak ko sibuk enteperem


hye papa.. sayang papa.


krohh-krohhh


 oi budak itam
main tepi bantal pulak!!


eh.. naik atas papa ko pulak!


koleksi gambar dekat IG..
banyak gambo budak itam ni :) 

Alhamdulilah semalam genap sebulan
anak mama dah pandai jalan.. :)
dan lari-lari
 

Kehilangan Itu Memeritkan

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T

Kehilangan adalah sesuatu yang memeritkan
Biar air mata berlinangan belum mampu mengusaikan perasaan

Kehilangan itu sesungguhnya sakit
sakit untuk menerima kenyataan
sakit untuk menghadapi hari depan

Namun hidup perlu diteruskan
Dalam perjalanan itu, diguris, dihiris
Hati tetap tahan

Orang sekeliling takkan memahami
Sehingga sampai waktu dia mengalami
Orang sekeliling pernah menghiris
Suatu nanti dia pasti terhiris

Kehilangan itu suatu penderitaan
Perit..Sakit..

Walau aku tak suka berbicara tentang perasaan itu
Biar aku tak menagis kerana itu
Tapi hati aku Tuhan saja yang tahu

Menghadapi saat sukar pada waktu itu
Ditambahi tekanan sekeliling
Hilang tempat bertauh kasih
Umpama terlucut nyawa dari badan.
Hidup umpama tiada pedoman

Sesungguhnya,

Kehilangan itu amat memeritkan
Sangat menyakitkan


p/s: orang yang tidak menghadapi takkan tahu perasaan itu
Ya Allah.. tempatkan Ayahandaku dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin Ya Rabbal Alamin


READY STOCK!! Longchamp Le Pliage Tote - With Long Handle Chocolate.

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T

Untuk penggemar bag longchamp jom beli longchamp dengan aku
RM290 siap pos ye.
Yang penting 100% Authentic dan READY STOCK!!
- CHOCOLATE




Dimensions : 
25x25x14 cm
10x10x5½ inch
A small and smart shopping tote to take along for every occasion.
1 main compartment with zipper opening
1 small pocket on front


Jika berminat
Wasap 0197676594
atau email lpupel@yahoo.com

nak tengok pic dalam dia pon ok! :)


Dah Lama Aku Tak Hapdate Blog dan Kedah Mali

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T


Dua menjak ni aku malas nak updated blog. kemalasan tu tak tahu berpunca dari mana. hahahha. aku dua menjak ni asik menyentap je. udahnye bile aku taip-taip dalam blog ni terus tak nak publish. Malas nak cerita banyak benda menyentap ni.. Meh la layan pic aku pergi kedah ritu. Tak banyak sebab aku pemalu kan nak bergambar ahaa.


ni anak sedara aku. Siti Nuraina namanye. zaman dia SITI memang terkenal so bersiti2lah u ye budak. dia ni badan kecik je tapi dah tingkatan 3 dah. degil mengedik merepek tapi ringan tulang.. so i sayang dia lah!


ni pulak akak aku.. dok beria nak ambik pic dengan ikan2 siap suruh aku naik shopping lagi semata-mata nak ambik pic. dia akak yang aku paling rapat n sporting. tapi sejak dah berumur 41 tahun ni dia alim dah asik bebel kat aku je. hahaha tapi dia ok dan tak kedekut. Banker dikala kesusahan ahaha.


Ni alwani anak sedara aku. anak akak aku satu lagi. pic ni aku ambik dekat homestay. aku suka jambul dia. mahal. dia suka dengar orang nyanyi kompom geleng kepala pakej dengan tangan usop wilca lagi.aku rasa masa mengandungkan dia mak dia suka tengok cite HANTU KAK LIMAH. muka potostet akak aku so aku panggil dia AWINI.. Nama mak dia AWIN hahha.


Yang gemuk ni kompom aku. saja ambik sebelah mysaga ni sebab tema biru haha. kereta biru baju biru tudung biru handbag biru.. hahhaa. but i takde spender biru ye hahaa


ni la akak aku si awin dengan anak no 1 dia AWATIF.. kalau ambik gambo mata nak pejam aje dari kecil sampai la ni. pic ni dekat lembah bujang.


saja mengedik dengan aina..
kebetulan kami dedua in purple


tu mak aku dengan alwani. susah kemain nak ambik pic mak aku ni. pemalu....
stok badan sama je anak beranak kan..
tapi anak dia dah 9 oi.. anak aku satu pon takdak!



Romantik kan abg ipar aku. tak padan umur 47. hahaha. tu abang ipar aku, abang Bain namanye. nama sebenarnye MAHMOR. ekekeke.teringat aku dengan kuih mahmor plus kuih kesukaan dia pon. dia mang romantik orangnye. untung akak aku. dua kat belakang tu aiman dan aina. kesian airee takde dalam pic ni. airee anak no 3 depa.


 

aiman sakat mak pak dia bergambo..


akhirnya ada pic kami 3 beradik perempuan
kenyataannya aku ni paling comel tapi paling gelap!


depa dekat lembah bujang


sebenarnya pergi ke kedah ni sebab nak datang majlis kenduri potong jambul dan akikah Muhammad Yussuf Husain anak abang aku dengan bini dia lah. buat dekat rumah belah sana. untung depa kawen 3 bulan bini terus mengandung. aku dah nak dekat 3 tahun tak mengandung-mengandung. tu bawah pic yussuf.
 


comel budaknye. kecik je. kuat minum susu.. semoga jadi anak yang soleh ye dik.. jeles cik ana tau. takpe rezeki cik ana lama lagi.. bye dik..kami dah balik dah.

p/s: aku jeles tengok orang ada anak/cerita pasal anak...aku cuma mampu cerita pasal kucing dan tak semua suka kucing.. bahkan tak nak datang umah aku kerana aku ada kucing. its ok. aku takde anak.. tapi aku yakin dan pasti rezeki Allah ada dimana-mana. aku sayang anak-anak aku. Thanks Allah untuk rezeki anak berbuluku itu.

 

Telah Ku Curangi Dirimu

$
0
0
Assalammualaikum w.b.t

Sejak dua menjak ni.. kau selalu buat hal
kau selalu berubah..


Jadi.. telah aku curangi dirimu
Dengan.







Maaf samsung
hidup perlu ada perubahan



p/s: tukar sebab nak merasa guna iphone
best juga rupanya


(sebenarnya aku jeles dengan maps kak rai masa teman dia pergi ambik kucing.)
(hahaha)


































Mengedik Kt Opis

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T

Dikala en bos berjuang demi negara dekat court
kita gegila sikit kat opis hahahaa








muka tampak berseri dengan 360 hahahhaa
:P

Baju Kurung Moden Kain A Type

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T

Ada dua helai baju kurung moden  with kain A Type bersize 40 untuk dijual.
Baju baru ye! harga murah ni. kat luar orang jual RM190 :p


Kod 001 : Baju Kurung Moden
Jenis Kain : Chiffon
Warna : Hijau Firus (Solf)
Kain : Type A
Size : 40
Harga : RM140



Kod 002 : Baju Kurung Moden
Warna : Kuning 2 Tone
Jenis Kain : Chiffon
Kain : Type A
Size : 40
Harga : RM140




Please Email
pupeliyanashop@yahoo.com
atau terus ke Facebook kami Pupe Liyana Shop
Viewing all 141 articles
Browse latest View live